Data dan Rekod Pelajar/Graduan

 

Seksyen Data dan Rekod Pelajar merupakan Seksyen yang bertanggungjawab menguruskan data dan rekod pelajar. Pengemaskinian maklumat pelajar dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMUP) adalah meliputi nombor kad pengenalan, nama, alamat, nombor matrik, pengecualian unit, alamat penasihat akademik, major, minor, kod jenis kursus, rancangan pengajian, keperluan BM & BI dan maklumat lain yang diperlukan. Sebarang perubahan maklumat, pelajar perlu memaklumkan kepada pihak SDRP melalui emel atau datang sendiri ke pejabat bersama dokumen terlibat bagi tujuan pengemaskinian maklumat pelajar.