KONVOKESYEN KE-53 USM 30 APRIL 2016

GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 25 Februari 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan Upacara Konvokesyen Ke-53 pada hari Sabtu, 30 April 2016 ini.

konvo2013a

Menurut Pendaftar USM Profesor Dr. Abd Aziz bin Tajuddin, Canselor Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah pun memperkenankan tarikh tersebut untuk diadakan Upacara Konvokesyen dalam dua sidang, pagi dan petang.

“Kira-kira 1,000 orang graduan dijangka menerima ijazah masing-masing dalam Upacara Konvokesyen Ke-53 yang sebahagian besarnya adalah pada peringkat ijazah tinggi iaitu Doktor Falsafah (Ph.D) dan Sarjana,” kata Abd. Aziz.

Pada tahun ini juga USM dijangka mengadakan Upacara Konvokesyen Ke-54 pada bulan November nanti.

#MPRC