Pendaftaran Kursus

Seksyen Data & Rekod Pelajar merupakan urusetia kepada aktiviti pendaftaran kursus pelajar Ijazah Pertama penuh masa dan pelajar Diploma. Bagi pelajar pengajian secara Jarak Jauh, aktiviti pendaftaran kursus dikendalikan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh dan aktiviti pendaftaran pelajar Ijazah Tinggi diuruskan oleh Institut Pengajian Siswazah.

Aktiviti pendaftaran kursus pelajar Ijazah Pertama/Diploma Mod Penuh Masa Universiti dibuat sebanyak 3 kali dalam satu sidang akademik iaitu Pendaftaran kursus bagi Semester 1, Semester II dan Semester III/KSCP (Kursus Cuti Panjang). Platform pendaftaran kursus adalah secara E-Daftar dan pendaftaran kursus secara Dalam Talian (PKDT) di pusat-pusat pengajian. Setiap pelajar WAJIB mendaftar kursus bagi setiap semester dan kegagalan berbuat demikan tanpa alasan yang kukuh, boleh menyebabkan tindakan menamatkan status pengajian seseorang pelajar diambil.

Garis panduan dan peraturan berkaitan & aktiviti pendaftaran kursus boleh diperolehi di pautan seperti berikut:

Polisi Am Pendaftaran Kursus