Pengurusan Senat

 

JADUAL MESYUARAT SENAT TAHUN 2016

BIL TARIKH TAKLIMAT MASA TEMPAT TARIKH MESYUARAT MASA TEMPAT
SENAT 
KE-237
KHAMIS
14/01/2016
5.00 PETANG
BILIK
PERSIDANGAN
CANSELORI
JUMAAT
29/01/2016
9.00 PAGI
DEWAN
PERSIDANGAN
UNIVERSITI
SENAT 
KE-238
KHAMIS
10/03/2016
9.00 PAGI KHAMIS
24/03/2016
9.00 PAGI
SENAT 
KE-239
KHAMIS
12/05/2016
9.00 PAGI
KHAMIS
26/05/2016
9.00 PAGI
SENAT 
KE-240
KHAMIS
14/07/2016
9.00 PAGI
KHAMIS
28/07/2016
9.00 PAGI
SENAT 
KE-241
KHAMIS
08/09/2016
9.00 PAGI
KHAMIS
29/09/2016
9.00 PAGI
SENAT 
KE-242
KHAMIS
10/11/2016
9.00 PAGI
KHAMIS
24/11/2016
9.00 PAGI

Hubungan Dengan Pusat Pengajian/Pusat/Institut

Semua Pusat Pengajian, Pusat dan Institut yang berikut adalah bertanggungjawab kepada Senat mengenai semua perkara berkaitan dengan pengelolaan pendidikan, pengajaran dan penyelidikan termasuk kurikulum dan peperiksaan dalam bidang-bidang pengajian di bawah bidang kuasa Pusat Pengajian, Pusat dan Institut itu;

Setiap Pusat Pengajian dan Pusat masing-masing mempunyai Majlis dan tertakluk kepada Statut IV untuk Pusat Pengajian dan Statut V untuk Pusat. Dekan/Pengarah bertindak sebagai Pengerusi Majlis sementara Pendaftar atau wakilnya dilantik sebagai Setiausaha.

Bagi Institut Pergigian dan Perubatan Termaju (IPPT) dan Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), masing-masing diketuai oleh Pengarah manakala Institut Pengajian Siswazah (IPS) diketuai oleh Dekan. Ketiga-tiga Institut ditubuhkan dengan Statut yang berbeza. Walau bagaimanapun, fungsi Majlis IPPT dan INFORMM sama seperti lain-lain Pusat Pengajian/Pusat manakala Badan Berkuasa IPS ialah Majlis Pengajian Siswazah Universiti (MPSU).

Majlis Pusat Pengajian/Institut/Pusat pada kebiasaannya, akan membincangkan dan memperakukan kepada Senat Universiti tentang hal-hal akademik [termasuk kurikulum, kelayakan masuk pelajar, peperiksaan, pelantikan Pemeriksa Dalam/Luar], hal ehwal pelajar, anugerah kepujian/hadiah, penyelidikan, penerbitan, persidangan dan sebagainya.

Tertakluk kepada Statut dan Perintah Tetap, setiap Majlis hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam setiap Semester/Penggal. Minit Mesyuarat Majlis yang telah disahkan hendaklah dibentangkan kepada Senat dengan melengkapkan borang proforma.

SENARAI PUSAT PENGAJIAN/PUSAT/INSTITUT

Bil. PUSAT PENGAJIAN/PUSAT/INSTITUT
1.

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan

School of Languages, Literacies and Translation

2.

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

School of Humanities

3.

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

School of Educational Studies

4.

Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa

School of Aerospace Engineering

5.

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam

School of Civil Engineering

6.

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral

School of Materials and Mineral Resources Engineering

7.

Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

School of Electrical and Electronic Engineering

8.

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia

School of Chemical Engineering

9.

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik

School of Mechanical Engineering

10.

Pusat Pengajian Komunikasi

School of Communication

11.

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

School of Distance Education

12.

Pusat Pengajian Pengurusan

School of Management

13.

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

School of Housing, Building and Planning

14.

Pusat Pengajian Sains Farmasi

School of Pharmaceutical Sciences

15.

Pusat Pengajian Sains Fizik

School of Physics

16.

Pusat Pengajian Sains Kajihayat

School of Biological Sciences

17.

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

School of Social Sciences

18.

Pusat Pengajian Sains Kesihatan

School of Health Sciences

19.

Pusat Pengajian Sains Kimia

School of Chemical Sciences

20.

Pusat Pengajian Sains Komputer

School of Computer Sciences

21.

Pusat Pengajian Sains Matematik

School of Mathematical Sciences

22.

Pusat Pengajian Sains Pergigian

School of Dental Sciences

23.

Pusat Pengajian Sains Perubatan

School of Medical Sciences

24.

Pusat Pengajian Seni 

School of the Arts

25.

Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Graduate School of Business

26.

Pusat Pengajian Teknologi Industri

School of Industrial Technology

Bil. Pusat
1.

Pusat Biologi Kimia

Centre for Chemical Biology

2.

Pusat IPv6 Termaju Negara

National Advanced IPv6 Centre

3.

Pusat Kajian Kelestarian Global

Centre for Global Sustainability Studies (CGSS)

4.

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam

Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)

5.

Pusat Kajian Samudera dan Pantai

Centre for Marine and Coastal Studies

6. Pusat Penyelidikan Arkeologi Global
Centre for Global Archaeological Research
7.

Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan

Centre for Drug Research

8.

Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa

Centre for Policy Research and International Studies

9.

Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar

River Engineering and Urban Drainage Research Centre

10.

Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender  

Centre for Research on Women and Gender

11.

Pusat Rancangan Kokurikulum

Centre for Co-Curriculum Programmes

12.

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia

Centre for Instructional Technology and Multimedia

Bil. Institut
1.

Institut Penyelidikan Perubatan Molekul

Institute for Research Molecular Medicine

2.

Institut Penyelidikan dan Teknologi Nano-Optoelektronik

Institute of Nano-Optoelectronics Research and Technology

3.

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju  

Advanced Medical and Dental Institute

4.

Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia  

Malaysian Institute of Pharmaceuticals and Nutraceuticals

Jawatankuasa Pengajian akan ditubuhkan bagi mengkaji sesuatu cadangan berkaitan dengan yang berikut:-

  • Penubuhan Pusat Pengajian/Pusat/Unit/Akademi/Institut yang baru.
  • Penawaran Program Akademik baru samada di peringkat Diploma, Ijazah Pertama mahupun Ijazah Lanjutan [Ijazah Lanjutan melalui Penyelidikan atau Mod Campuran di mana komponen penyelidikan melebihi 50% tidak memerlukan penubuhan Jawatankuasa Pengajian].

Bagi kes-kes ini, Jawatankuasa Pengajian adalah ditubuhkan di peringkat Universiti oleh Senat dan akan dipengerusikan oleh Naib Canselor. Keahlian Jawatankuasa Pengajian akan ditetapkan oleh Senat setiap kali Jawatankuasa ditubuhkan dan Pendaftar akan bertindak sebagai Setiausaha.

  • Penawaran bidang pengkhususan utama [major] baru di bawah program ijazah yang sedia ada. Bagi kes ini pula, Senat akan benarkan Jawatankuasa Pengajian di peringkat PTJ ditubuhkan.

Dekan Pusat Pengajian akan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengajian. Keahlian Jawatankuasa akan ditetapkan oleh Majlis PTJ yang berkenaan. Timbalan Pendaftar/Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar PTJ akan bertindak sebagai Setiausaha. Jawatankuasa Pengajian sama ada di peringkat Universiti mahupun di peringkat PTJ akan mengkaji cadangan yang dikemukakan kepadanya dengan terperinci dan dikehendaki membuat laporan mengenainya kepada Senat. Laporan Jawatankuasa Pengajian setelah diluluskan oleh Senat Universiti harus dikemukakan kepada Urusetia LGU [Lembaga Gabenor Universiti] untuk pertimbangan.

Laporan yang berkenaan hendaklah di hantar kepada Jabatan Pengurusan Tinggi IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia [KPTM] untuk keputusan muktamad. Format laporan adalah seperti yang telah ditetapkan oleh JPT.