Peperiksaan Pelajar

Tarikh Peperiksaan

  • Tarikh peperiksaan adalah berdasarkan kepada kalendar akademik setiap sidang akademik yang telah diluluskan oleh Senat.
  • Peperiksaan boleh dijalankan setiap hari dalam tempoh peperiksaan yang ditetapkan oleh Senat, kecuali tarikh-tarikh yang diisytiharkan sebagai cuti umum.
  • Peperiksaan bagi setiap kursus hanya boleh dijalankan dalam tempoh peperiksaan yang ditetapkan oleh Senat sahaja, kecuali kes-kes khas yang diluluskan secara pentadbiran oleh Naib Canselor dan dilaporkan kepada Senat dalam mesyuarat berikutnya.

Waktu Peperiksaan 

Peperiksaan akan dijalankan dalam dua sidang iaitu : 
Sidang Pagi  - mulai jam 9 pagi
Sidang Petang  - mulai jam 2.15 petang
   - hari jumaat mulai jam 3.00 petang

Syarat Penetapan Slot/Tarikh Peperiksaan

  • Peperiksaan tidak boleh dijalankan pada hari cuti umum seperti Hari Kebangsaan dan lain-lain.
  • Tidak berlaku pertindihan jadual waktu peperiksaan, iaitu pelajar menduduki dua kertas peperiksaan pada masa yang sama.
  • Pelajar tidak boleh menduduki peperiksaan empat (4) kali berturut-turut tanpa selang masa.  Peraturan membenarkan maksimum 3 kali berturut-turut sahaja.

Peperiksaan Bagi Kumpulan Kecil

Peperiksaan bagi kursus-kursus kumpulan kecil (kurang daripada 25 calon) perlu diuruskan sendiri oleh pusat pengajian/pusat berkenaan dan jadual waktunya hendaklah dikeluarkan oleh pusat pengajian/pusat berkenaan. 

Pengeluaran Jadual Waktu Peperiksaan

  • Jadual waktu peperiksaan muktamad (berwarna hijau) dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu ke-13 yang mengandungi tarikh, kod kertas, masa peperiksaan dan tempat peperiksaan
  • Jadual waktu peperiksaan pindaan (berwarna biru) dikeluarkan jika perlu, yang mengandungi maklumat asal dan pindaan tarikh, kod kertas, masa dan peperiksaan bagi kertas yang terlibat sahaja.

Paparan Jadual Waktu Peperiksaan

Jadual waktu peperiksaan dipaparkan di tempat-tempat berikut:-
  • Di papan kenyataan pusat pengajian/pusat, perpustakaan dan di tempat-tempat strategik yang lain.
  • Untuk mencetak jadual waktu individu, paparan jadual waktu turut dimuatkan dalam laman web USM dengan alamatnya http://registry.usm.my/examtt/indi.asp

Bantahan/Pindaan Terhadap Jadual Waktu Peperiksaan

  • Pindaan jadual waktu peperiksaan secara automatik akan dilakukan jika berlaku keadaan 4.3.
  • Walau bagaimanapun, bantahan daripada pelajar juga diambil kira jika pelajar berpendapat bahawa tarikh peperiksaan yang telah ditetapkan itu membeban-kan mereka.  Bantahan akan dipertimbangkan sekiranya :-
    1. mendapat persetujuan dan tandatangan keseluruhan pelajar yang mendaftar kursus berkenaan.
    2. mendapat persetujuan pensyarah yang menyelaras dan mengajar kursus tersebut.
    3. mendapat pengesahan dekan/pengarah.

Jangkamasa Peperiksaan

Jangkamasa peperiksaan bagi setiap kursus adalah seperti berikut:- 

2 unit  - 1 jam untuk kerja kursus melebihi 40%
2 unit  - 2 jam untuk kerja kursus 40% dan ke bawah
3 unit atau lebih  - 2 jam untuk kerja kursus melebihi 40%
3 unit atau lebih  - 3 jam untuk kerja kursus 40% dan ke bawah

Penilaian Kursus

  • Semua peperiksaan diadakan pada penghujung setiap semester.
  • Pelajar-pelajar mestilah menduduki peperiksaan akhir bagi kursus-kursus yang telah didaftarkannya (semasa tempoh pendaftaran kursus) kecuali kursus-kursus yang mengandungi komponen 100% kerja kursus.
  • Penilaian sesuatu kursus itu ditentukan berdasarkan prinsip penilaian secara berterusan daripada komponen kerja kursus dan peperiksaan akhir.  Penilaian terhadap kerja kursus pula boleh mengandungi aspek-aspek seperti penglibatan dalam pengajaran, ujian, esei, projek, tugasan, laporan, persembahan, amali, disertasi, kuiz, seminar, lisan, studio, viva voce dan lain-lain lagi.

Pendaftaran Kursus sebagai Audit – Jenis Y

  • Pelajar boleh mendaftar kursus sebagai audit untuk menambah pengetahuan mereka dalam sesuatu bidang.  Pendaftaran kursus tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pemeriksa kursus dan Dekan Pusat Pengajian yang menawarkan kursus berkenaan
  • Hanya pelajar yang bertaraf aktif sahaja yang dibenarkan mendaftar kursus sebagai audit.
  • Kursus-kursus yang didaftarkan sebagai audit dikenali dengan kod jenis ‘Y’.  Kursus ini akan ditunjukkan dalam transkrip akademik pelajar berkenaan. 
  • Pendaftaran kursus sebagai audit tidak diambil kira dalam jumlah unit minimum dan maksimum pendaftaran kursus pada satu-satu semester.
  • Pelajar perlu memenuhi syarat-syarat keperluan kursus. Pelajar yang gagal memenuhi sekurang-kurangya 70 % keperluan kursus akan dihalang [gred X]
  • Pelajar yang layak menduduki peperiksan mempunyai dua pilihan samada memilih untuk menduduki peperiksaan atau sebaliknya. Gred ‘R’ akan diberikan sama ada pelajar menduduki peperiksaan atau tidak.
  • Gred bagi kursus jenis audit tidak akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar berkenaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan menukar kod jenis kursus audit kepada kod jenis kursus yang lain selepas mendapat gred bagi kursus itu dan begitulah sebaliknya.

Pengesahan Pendaftaran Kursus Untuk Peperiksaan

Kursus-kursus yang telah didaftar (semasa minggu pendaftaran secara dalam talian) boleh disahkan melalui penyemakan Senarai Pendaftaran [CLB] di Pusat Pengajian masing-masing mulai minggu ke-4, semester berkenaan.  CLB tersebut dikeluarkan oleh Seksyen Data dan Rekod Pelajar. 

Pengguguran Kursus

Pelajar-pelajar dibenarkan untuk menggugurkan kursus yang telah didaftar pada setiap semester dengan syarat telah mematuhi peraturan seperti berikut:
  • Pengguguran kursus mestilah dibuat sebelum minggu ke-6
  • Telah mula menghadiri kuliah/tutorial bagi kursus berkenaan serta telah mula membuat tugasan yang diberikan.
  • Perlu mendapat kelulusan daripada pemeriksa kursus berkenaan.
  • Perlu diluluskan oleh Dekan Pusat Pengajian berkenaan.
  • Bagi kursus bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, mestilah diluluskan oleh Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Terjemahan & Interpritasi
  • Bagi kursus Ko-K, perlu diluluskan oleh Pengerusi Rancangan Ko-Kurikulum

Pengesahan Pendaftaran Kursus Muktamad (selepas minggu ke-6)

Kursus-kursus yang telah didaftar boleh disemak dan disahkan melalui Portal Kampus Sejahtera

Kelayakan Menduduki Peperiksaan

Pelajar-pelajar hanya dibenarkan menduduki peperiksaan, jika mereka telah memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Telah mendaftar kursus semasa minggu pendaftran kursus dan diberikan slip peperiksaan.  Mereka dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kursus-kursus seperti yang tercatat dalam slip peperiksaan itu sahaja.
  • Disahkan oleh Dekan/Pengarah Pusat Pengajian/Pusat bahawa mereka telah memenuhi syarat pengambilan peperiksaan iaitu memenuhi sekurang-kurangnya 70% keperluan kursus seperti kehadiran kuliah/tutorial, menyempurnakan tugasan, kuiz, esei dan lain-lain keperluan kerja kursus.

Penghalangan Pelajar daripada Menduduki Peperiksaan

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi sekurang-kurangya 70 % keperluan kursus boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan pada semester berkenaan.
  • Pemeriksa kursus berkenaan boleh, mengikut budi bicaranya, menghalang para pelajar yang mengikuti kursus yang diajarnya daripada menduduki peperiksaan akhir kursus tersebut.
  • Pusat pengajian boleh menetapkan tatacara penghalangan yang difikirkan sesuai dipatuhi di peringkat pusat pengajian masing-masing.

Keputusan Peperiksaan bagi Kursus-Kursus yang Dihalang

  • Gred ‘X’ untuk komponen kerja kursus
  • Gred ‘X’ untuk komponen peperiksaan
  • Gred ‘X’ untuk penilaian akhir [FA]
  • Diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK

Mengulangi Kursus Yang Mendapat Gred 'Lulus Bersyarat'

  • Kursus-kursus yang dikategorikan sebagai lulus bersyarat ialah kursus yang diberikan gred C-, D+, D dan D- sahaja (bagi Rancangan Pengajian Ijazah Pertama).
  • Pelajar yang mendapat gred C- hingga D- boleh mengulangi kursus tersebut pada mana-mana semester/KSCP untuk memperbaiki gred kursus berkenaan.
  • Pelajar yang mengulangi kursus jenis ’lulus bersyarat’ pada semester biasa, dikehendaki memenuhi semua keperluan kursus tersebut seperti menghadiri kuliah, menyelesaikan keperluan kerja kursus dan menduduki peperiksaan akhir.  Walau bagaimanapun, jika pelajar mengulangi kursus ’lulus bersyarat’ pada KSCP, pelajar hanya perlu menduduki peperiksaan akhir sahaja dan gred kerja kursus sedia ada yang terbaik akan diambil kira untuk menentukan gred akhir bagi kursus tersebut.
  • Pencapaian terbaik akan diambil kira untuk pengiraan PNG/PNGK bagi pelajar berkenaan.
  • Pihak Universiti tidak mewajibkan pelajar-pelajar yang mendapat gred C- hingga D- untuk mengulangi sesuatu kursus, tetapi terserah kepada budi bicara pelajar berkenaan.  Walau bagaimanapun, jika kursus tersebut adalah kursus wajib lulus (dengan mendapat gred C ke atas) mengikut keperluan rancangan pengajiannya, maka pelajar berkenaan perlu mengulanginya sehingga berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi pelajar ijazah pertama.
  • Pelajar Ijazah Pertama yang mendapat gred C ke atas tidak dibenarkan mengulangi kursus berkenaan.
  • Bagi Rancangan Ijazah Tinggi, gred lulus ialah C+ ke atas.  Pelajar yang mendapat gred C ke bawah diklasifikasikan sebagai gagal dan perlu mengulangi kursus berkenaan.
  • Pelajar Ijazah Tinggi bagi Program Sarjana yang mendapat gred C+ dibenarkan mengulangi kursus berkenaan untuk memperbaiki gred (syarat pengijazahan ialah PNGK 2.50).
  • Pelajar Ijazah Tinggi bagi Program Kedoktoran yang mendapat gred C+ dan B- dibenarkan mengulangi kursus berkenaan untuk memperbaiki gred (syarat pengijazahan ialah PNGK 3.00)

Penalti Bagi Kursus Bergred X dan F*

  • Pelajar yang diberikan Gred X dan F* tidak dibenarkan menduduki KSCP bagi kursus berkenaan.
  • Gred X dan F* diambil kira dalam pengiraan PNG/PNGK pelajar berkenaan.
  • Pelajar yang mendapat Gred X dan F* boleh dikenakan tindakan disiplin oleh Majlis Peperiksaan Universiti seperti diberi amaran atau ditamatkan pengajian.

Penalti Tidak Menduduki Peperiksaan

Pelajar-pelajar yang tidak menghadiri peperiksaan bagi mana-mana kursus yang telah didaftarnya, perlu mengemukakan alasan secara bertulis kepada Ketua Penolong Pendaftar, Seksyen Peperiksaan & Pengijazahan dalam tempoh 48 jam (bagi pelajar penuh masa) dan dalam tempoh 7 hari (bagi pelajar pendidikan jarak jauh).  Alasan yang dikemukakan akan dipertimbangkan oleh Majlis Pemeriksa Pusat Pengajian/Pusat dan disahkan oleh Majlis Peperiksaan Universiti seperti berikut:
  • Bagi alasan yang diterima oleh Majlis Peperiksaan Universiti, calon akan diberikan Gred DK [dengan kebenaran].  Gred DK akan diberikan kepada pelajar jika dia mengemukakan sijil sakit (dari hospital/klinik kerajaan atau klinik panel/klinik USM) atau mengemukakan alasan-alasan yang diterima oleh Majlis Peperiksaan Universiti.  Gred DK akan dikecualikan dalam pengiraan PNG/PNGK pelajar berkenaan.
  • Calon yang tidak menduduki peperiksaan bagi sesuatu kursus atas mana-mana sebab seperti di bawah, akan diberikan Gred F*
  1. TAKP - Tidak ambil Kad/Slip Peperiksaan
  2. SLJW - Silap Lihat Jadual Waktu
  3. THTA - Tidak Hadir Tanpa Alasan
  4. ADT - Alasan Ditolak

Keputusan Provisional

Keputusan ProvisionalKeputusan Provisional (lulus/gagal) boleh diketahui melalui perkhidmatan infoline Teleakademik: [600-83-7899] atau melayari laman web portal Kampus Sejahtera atau dengan cara menghantar SMS iaitu USM<>jarak<>RESULT<>jarak<>nombor kad pengenalan pelajar<>jarak<>angka giliran> dan hantarkan kepada 15888.  Keputusan hanya akan diumumkan selepas Majlis Pemeriksa Pusat Pengajian/Pusat bersidang.  Pengumuman dibuat lebih kurang sebulan selepas berakhirnya tempoh peperiksaan.Contoh : USM RESULT 801212055478 15748 hantar ke 15888

Keputusan Penuh

Keputusan PenuhKeputusan penuh [gred] melalui talian seperti yang dihuraikan pada 16.1 akan diumumkan selepas Majlis Peperiksaan Universiti bersidang.  Pengumuman dibuat lebih kurang dua minggu selepas keputusan provisional.

Keputusan Rasmi

Keputusan RasmiKeputusan Rasmi [Semgred] akan diedarkan kepada pelajar pada minggu ke-2 atau  ke-3 semester berikutnya.  Bagi pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ), keputusan rasmi akan dihantar ke alamat surat-menyurat pelajar.  Bagi pelajar yang boleh berijazah, semgred akan dihantar bersama surat pengijazahan melalui pos ke alamat tetap selepas pengesahan Senat.
Tempoh Peperiksaan KSCP

Kursus Semasa Cuti Panjang mengambil masa selama 3 - 4 minggu, iaitu 2 - 3 minggu tutorial dan 1 minggu peperiksaan. Tarikh Kursus Semasa Cuti Panjang boleh diperoleh dalam Kalendar Akademik.

Tujuan Peperiksaan KSCP 

KSCP hanya ditawarkan kepada pelajar yang mencapai keputusan gred C-, D+, D, D-, F dan ‘DK’ sahaja. Pelajar yang mendapat gred X dan F* tidak dibenarkan mengambil peperiksaan KSCP. Tujuan KSCP diadakan adalah seperti berikut:

  • Memberi peluang kepada pelajar yang menghadapi kesuntukan masa untuk pengijazahan.
  • Membantu pelajar yang memerlukan beberapa unit sahaja lagi untuk pengijazahan.
  • Membantu pelajar tahun akhir Program Jarak Jauh, yang akan berijazah.
  • Membantu pelajar tahun akhir Program Usahasama Akademik (francais), yang akan berijazah (melainkan diputuskan sebaliknya oleh Majlis Pusat Pengajian berkenaan dan disahkan oleh Majjlis Peperiksaan Universiti).
  • Membantu pelajar yang berada dalam taraf percubaan untuk memperbaiki taraf akademiknya.
  • Membantu pelajar yang perlu mengulangi kursus prasyarat yang tidak ditawarkan pada semester berikutnya.

Walau bagaimanapun, peluang hanya diberikan kepada pelajar yang mengulangi kursus yang pernah diambil dan mendapat gred seperti yang dinyatakan di atas, sekiranya kursus itu ditawarkan. Markah/gred kerja kursus terdahulu yang terbaik akan diambilkira untuk peperiksaan KSCP ini. Lazimnya kuliah secara formal tidak akan diadakan. Sebaliknya pengajaran adalah secara tutorial sahaja.

Syarat Penawaran Kursus Semasa KSCP
  • Kursus yang tinggi kadar kegagalannya pada sidang akademik yang sama
  • Semua jenis kursus boleh ditawarkan
  • Minimum lima (5) orang pelajar yang mendaftar kecuali bagi kursus yang diperlukan untuk pengijazahan.

Kelayakan Pelajar Menduduki KSCP

  • Gagal dalam kursus berkenaan atau mendapat gred DK.
  • Kelayakan (a) di atas terhad bagi jangka masa kegagalan tidak melebih tiga (3) sidang akademik berturut-turut.
  • Mereka yang mendapat Gred F* dan X tidak dibenarkan menduduki KSCP.
  • Jika seseorang pelajar itu sedang menjalani latihan industri/latihan amali, dia tidak dibenarkan menduduki KSCP. Walau bagaimanapun, dekan boleh membenarkannya dalam keadaan tertentu.

Jumlah Unit Pendaftaran

  • Para pelajar boleh mengambil peperiksaan semasa KSCP maksimum tiga (3) kursus atau tidak melebihi 10 unit. Walau bagaimanapun, dekan boleh membenarkan seseorang pelajar mengambil lebih daripada unit yang ditetapkan dalam keadaan tertentu.
  • Tidak boleh menggugur/menambah kursus selepas minggu pertama KSCP.

Kaedah Penilaian

  • Cantuman gred komponen peperiksaan (EW] dengan gred komponen kerja kursus (CW) yang tertinggi diperoleh dalam kursus berkenaan.
  • Keputusan KSCP dicantum dengan keputusan Semester II untuk menentukan keputusan keseluruhan dan taraf akademik pelajar.
  • Jika keputusan lebih baik, taraf baru akan diberikan. Jika keputusan sebaliknya, taraf semasa peperiksaan Semester II dikekalkan.

Pengiraan PNGK Untuk Kursus Ulangan

  • Menggunakan gred terbaik
  • Jumlah unit dikreditkan sekali sahaja
  • Kursus yang diulangi dicatat sebagai R1, R2 dan seterusnya.