Pertukaran Rancangan Pengajian

DASAR DAN PROSEDUR PENGURUSAN PERTUKARAN RANCANGAN PENGAJIAN (PRP), IJAZAH SARJANA MUDA

DASAR

  • Pertukaran Rancangan Pengajian (PRP) bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memohon menukar Rancangan Pengajian mereka sekarang kepada Rancangan Pengajian lain.
  • Pengurusan Pertukaran Rancangan Pengajian diuruskan melalui Seksyen Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar .
  • Permohonan pelajar adalah secara bertulis kepada Seksyen Pengambilan Pelajar.
  • Caj yuran permohonan dibayar kepada Jabatan Bendahari dan resit bayaran hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan surat permohonan.

Caj yang dikenakan seperti kadar berikut:

Kategori Permohonan Kadar (RM)
Permohonan pertama 100.00
Permohonan lanjut (gagal permohonan terdahulu) 100.00
Permohonan lanjut (beriaya permohonan terdahulu) 500.00
Pertukaran mod pengaiian (Penuh Masa ke Jarak Jauh) 500.00

* Tempoh bermastautin mengambilkira tempoh pengajian asal.

PERATURAN PENTADBIRAN

1. Pertukaran Rancangan Pengajian dibuat sekali untuk setiap semester bagi setiap Sidang Akademik.

2. Pertukaran Rancangan Pengajian adalah tidak dibenarkan kepada pelajar baharu.

3. Pelajar hanya dibenar untuk membuat permohonan Pertukaran Rancangan Pengajian sekali sahaja dan pelajar yang telah berjaya tidak dibenarkan untuk menukar ke Pengajian Asal mereka.

4. Pelajar hanya dibenarkan membuat permohonan Pertukaran Rancangan Pengajian tidak melebihi tempoh bermastautin di USM - 7 Tahun dalam program pengajian semasa (CDK tidak diambil kira).

5. Proses kelulusan Pertukaran Program Pengajian adalah tertakluk kepada perakuan Pusat Pengajian Asal dan Pusat Pengajian yang dipohon serta diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor (HEAA).

6. Pelajar tidak dibenarkan bedukar ke Program Doktor Perubatan, Doktor Pergigian dan Sains Farmasi.

SYARAT DAN PERATURAN

Syarat dan peraturan adalah seperti berikut :-

1. Pencapaian akademik dalam peperiKaan (Matrikulasi, STPM, Diploma/ setaraf).

2. Keputusan MUET .

3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan kursus yang dipohon.

4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan untuk kursus yang dipohon.

5. Titik Ambang (cut of point) pelajar sedia.

6. Lulus temuduga / ujian kelayakan yang ditetapkan mengikut Pusat Pengajian (sekiranya perlu).

7. Kekosongan tempat .

8. Kelulusan dari Dekan Pusat Pengajian Asal dan Pusat Pengajian Baharu .

9. Perakuan daripada TNC.


KEPUTUSAN PERMOHONAN

  • Keputusan Permohonan Pertukaran Rancangan Pengajian dikeluarkan kepada pelajar dan turut disalinkan kepada Seksyen Data & Rekod Pelajar, Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Jabatan Bendahari, Perpustakaan, Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Pusat Pengajian Asal dan Pusat Pengajian yang dipohon.
  • Tarikh pendaftaran tertakluk kepada PTJ yang dipohon samaada pada semester II atau Sidang Akademik berikutnya.