Polisi Keselamatan


Polisi Keselamatan dan Privasi Dasar

Terima kasih kerana mengunjungi laman web USM.

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.  Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Maklum Balas, Pertanyaan atau Aduan
Universiti Sains Malaysia amat mengalu-alukan maklumbalas anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web ini, sila maklumkan melalui ruangan Maklum Balas  kami. Maklumbalas, pertanyaan atau aduan  anda akan diajukan kepada pihak yang berkenaan.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. 

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Alamat

Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar, Aras 5 Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
Tel : 04 653 4358  |  Fak : 04 653 3128 
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |  

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan, kesilapan atau salah faham yang timbul daripada penggunaan Google Translator. Pengguna digalakkan untuk mendekati terjemahan dengan kesedaran dan pertimbangan terhadap batasan teknologi terjemahan mesin. Maklumat yang diterbitkan di dalam bahasa melayu akan digunakan sekiranya terdapat percanggahan.

Hak Cipta © 2022 Bahagian Pengurusan Akademik,
Universiti Sains Malaysia.

  • Last Modified: Friday 06 June 2025.