Universiti Sains Malaysia menerima permohonan yang sangat tinggi bagi setiap sidang akademik. Permohonan bagi setiap program yang ditawarkan adalah melebihi bilangan unjuran yang disediakan. Setiap permohonan akan dinilai berdasarkan syarat dan kriteria kemasukan tertentu yang ditetapkan oleh Senat Universiti. Dasar pengambilan pelajar USM merangkumi tiga (3) aspek berikut :
i. Merit
Mengguna pakai sistem meritokrasi dalam pemilihan pelajar yang mengambilkira 90% akademik dan 10% ko-kurikulum. Kekuatan akademik calon adalah sumbangan terbesar dalam pemeringkatan di mana kombinasi gred mata pelajaran diperingkat STPM/Matrikulasi/ Diploma/Setaraf yang mewakili 90% akademik diambil kira dan sumbangan di dalam bidang sukan / permainan / kelab / persatuan / badan beruniform / Program Latihan Khidmat Negara akan mewakili 10% sumbangan. Penggunaan sistem pemeringkatan lebih berdaya saing, adil, telus dan konsisten.
ii. Potensi
Kemampuan calon perlu dilihat dari pelbagai aspek bukan sahaja kekuatan akademik, malahan potensi, bakat dan kecenderungan calon perlu diambil kira. Kekuatan mental, watak, minat, kecerdasan dan nilai-nilai diri calon amat penting di dalam sesuatu program pengajian. Calon yang berpotensi dapat mengembangkan dan menyerlahkan bakat supaya menjadi lebih berjaya didalam program mereka dan universiti seterusnya memberi sumbangan kepada masyarakat, bangsa dan negara. iii. Diversiti
Kepelbagaian latar belakang akademik, etnik, budaya, gender, pekerjaan dan tempat tinggal amat penting diambil kira dalam pengambilan sesuatu program pengajian.Ruang dan peluang pengajian kepada calon dari kepelbagaian latar belakang dapat meningkatkan rasa kesatuan di samping memupuk daya saing yang sihat.Keseimbangan dalam kalangan pelajar dari pelbagai latar belakang menjadi pertanda kepada wawasan insani dan nilai integriti sesebuah universiti.
USM menawarkan pelbagai Program Pengajian secara penuh masa kepada calon-calon yang berminat dan berkelayakan. Program seperti Sains, Sains Gunaan, Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi, Seni, Sains Farmasi, Perubatan, Sains Kesihatan, Pergigian, Sastera, Sains Kemasyarakatan, Muzik, Seni Halus, Pendidikan, Ekonomi, Pengurusan dan Perakaunan, sering menjadikan pilihan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Saluran Pengambilan terdiri daripada :
A. | Saluran Perdana |
---|---|
B. | Saluran Alternatif |
|
|
C. | Rancangan Pengajian Jarak Jauh |
Mulai Sidang Akademik 2017/2018 permohonan kemasukan ke USM bagi Saluran Perdana adalah melalui Aplikasi Dalam Talian(Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pemohon boleh melayari Laman Web http://upu.moe.gov.my/web/ untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat am serta keperluan khas program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenainya disiarkan dalam akhbar utama tempatan.
Untuk keterangan lanjut :-
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Malaysia
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU)
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 6767
Hotline 2 : 03-8870 6777
Faks : 03-8870 6864
Emel :
i. Luar Negara / Antarabangsa |
---|
Pengambilan bagi pelajar bukan warganegara Malaysia / dari luar negara untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama secara penuh masa. Pelbagai bidang ditawarkan kepada calon luar negara seperti Sains Tulen, Sains Gunaan, Sastera, Kejuruteraan dan Sains Kesihatan.
ii. Saluran Kedua |
---|
Pengambilan pelajar baru melalui corak kemasukan saluran kedua adalah dikhaskan untuk calon-calon yang sedang bekerja, yang sebelum ini tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, untuk memungkinkan mereka memperolehi kelayakan ijazah. Program yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan Awam, Teknologi, Pendidikan Khas, PBP (Perumahan, Bangunan dan Perancangan), Sains Kesihatan, program Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) (Perancangan dan Pengurusan Pembangunan) dan program Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial (Kepujian).
iii. Pendidikan Sepanjang Hayat (Warga Sukan, Warga Budaya & Warga Emas) |
---|
Pengambilan pelajar dibawah program pendidikan sepanjang hayat bertujuan untuk membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian untuk memperolehi ijazah disamping untuk memantapkan kualiti taraf pendidikan negara dan meningkatkan tahap intelektual di kalangan masyarakat Malaysia. Pelajar yang terpilih dibawah Program Sepanjang Hayat akan diberikan diskaun yuran pengajian 50%.
a. Warga Sukan
Terbuka kepada calon lepasan STPM/Matrikulasi/Pra-U/Setaraf dan mempunyai pengalaman sebagai atlet negeri atau negara yang masih bergiat aktif sekurang-kurangnya 3 tahun.
b. Warga Budaya
Terbuka kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman atau bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan Seni dan diiktiraf di peringkat Kebangsaan.
c. Warga Emas
Terbuka kepada warganegara yang berumur sekurang-kurangnya 50 tahun dan ke atas serta mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan.
iv. MD USM-KLE |
---|
Program Off Shore bersama Karnataka Lingayat Education (KLE) University di Belgaum, Bangalore, India mula ditawarkan pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2010/2011. Pelajar akan mengikuti pengajian di India selama lima tahun dan dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan USM setelah menamatkan pengajian.
v. Seni Bina USM-KPM (PPD) |
---|
USM telah menjalin kerjasama dengan Politeknik Port Dickson melalui program pesisir USM-KPM(PPD) bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan)(Kepujian) (Seni Bina). Program ini bertujuan meluaskan peluang pendidikan merentas kampus dan merealisasikan motto university 'Kami Memimpin'. Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun di Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan) (Kepujian) (Seni Bina).
vi. Seni Halus (Grafik Komuniaksi), USM-Kolej Equator |
---|
USM menjalin kerjasama dengan Kolej Equator bagi program Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) (Grafik Komunikasi). Program ini adalah program sedia ada USM dan disasarkan kepada pelajar lepasan Diploma Kolej Equator serta pelajar-pelajar lepasan STPM yang lain. Program ini ditawarkan di Kolej Equator pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2020/2021.
vii. Diploma Kejururawatan |
---|
Program Diploma Kejururawatan USM merupakan satu program profesional yang berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
C. Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ)
Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) telah dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1971 dan merupakan satu rancangan pengajian yang terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian ijazah secara jarak jauh.
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah setara dengan kursus yang diikuti oleh pelajar dalam kampus. Bahan pengajaran terdiri daripada bahan bercetak, pita rakaman dan bahan aneka media yang lain.
Jangkamasa pengajian ialah selama 5 tahun (minimum) hingga 12 tahun (maksimum). Mereka yang berjaya akan dianugerahkan salah satu Ijazah Sarjana Muda seperti berikut :
Maklumat lanjut layari https://pohon.usm.my
Universiti Sains Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan, kesilapan atau salah faham yang timbul daripada penggunaan Google Translator. Pengguna digalakkan untuk mendekati terjemahan dengan kesedaran dan pertimbangan terhadap batasan teknologi terjemahan mesin. Maklumat yang diterbitkan di dalam bahasa melayu akan digunakan sekiranya terdapat percanggahan.
Hak Cipta © 2022 Bahagian Pengurusan Akademik,
Universiti Sains Malaysia.