Skip to main content

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK 

Pengurniaan Kehormat

📑Ijazah Kehormat

Individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada kemajuan masyarakat, perkembangan ilmu, penyebaran pengetahuan, budaya, dan pembangunan negara atau dunia serta memberi impak besar kepada Universiti Sains Malaysia.

📑Gelaran Profesor Emeritus/Emerita

Mantan Profesor Universiti yang berwibawa, telah berkhidmat dengan cemerlang di Universiti Sains Malaysia, mempunyai kesarjanaan yang unggul, memberikan perkhidmatan yang tidak ternilai kepada universiti serta masih aktif menyumbang dalam bidang akademia dan keilmuan.

 

Kaedah dan Proses Pencalonan

Bahagian Pengurusan Akademik melalui Unit Senat akan bertindak sebagai Urus Setia dalam menguruskan proses pencalonan, saringan, penilaian, perakuan dan kelulusan bagi Pengurniaan Kehormat Universiti Sains Malaysia.

Pencalonan boleh dikemukakan oleh Pusat Pengajian/Pusat/Institut atau mana-mana anggota Lembaga Universiti mengikut tatacara yang ditetapkan.

Setiap pencalonan akan melalui proses Saringan Awal dan Saringan Akhir oleh Jawatankuasa Saringan Pencalonan Pengurniaan Kehormat sebelum dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pengurniaan Kehormat. Syor yang diperakukan seterusnya dibentangkan kepada Senat dan Lembaga Gabenor Universiti (LGU) untuk pertimbangan dan kelulusan.

Bagi pengurniaan Ijazah Kehormat, permohonan perlu dipanjangkan kepada pihak KPT bagi kelulusan mutakhir. Setelah mendapat kelulusan, penganugerahan akan dilaksanakan semasa Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia.

⏳ Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan lebih komprehensif, anda boleh menghubungi Unit Senat, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) USM This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..