Skrol Gantian
Skrol Gantian ialah salinan skrol rasmi baharu yang dikeluarkan oleh USM kepada alumni sekiranya skrol ijazah yang asal telah hilang, rosak, atau musnah (contohnya akibat banjir, kebakaran, atau kecurian).
Salinan Transkrip
Salinan Transkrip boleh dipohon oleh alumni atau graduan USM untuk mendapatkan salinan rasmi transkrip akademik.
Surat Pengesahan Graduan
Surat Pengesahan Graduan adalah dokumen rasmi yang memperakui status pengajian atau pengijazahan mereka di universiti tersebut.
GIC
Graduation-in-Council (GIC) merupakan satu kemudahan yang membolehkan graduan mengambil skrol dan transkrip akademik lebih awal (sebelum Majlis Konvokesyen rasmi berlangsung), dengan syarat pengijazahan mereka telah diluluskan oleh Senat Universiti.
Permohonan Graduate-in-Council (GIC) membolehkan graduan mengambil skrol dan transkrip akademik lebih awal (sebelum Majlis Konvokesyen rasmi berlangsung), dengan syarat pengijazahan mereka telah diluluskan oleh Senat Universiti.
Skrol Gantian ialah salinan skrol rasmi baharu yang dikeluarkan oleh USM kepada alumni sekiranya skrol ijazah yang asal telah hilang, rosak, atau musnah (contohnya akibat banjir, kebakaran, atau kecurian).
Permohonan skrol gantian perlu dikemukakan terus kepada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) melalui Unit Rekod Pelajar.
Permohonan Salinan Transkrip boleh dipohon oleh alumni atau graduan Universiti Sains Malaysia untuk mendapatkan salinan rasmi transkrip akademik.
Perkhidmatan ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan graduan untuk tujuan pekerjaan, sambungan pengajian, pengesahan maklumat akademik dan keperluan urusan rasmi dengan badan profesional atau kedutaan asing.
Permohonan Surat Pengesahan Graduan ialah proses yang dilakukan oleh alumni atau bakal graduan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mendapatkan dokumen rasmi yang memperakui status pengajian atau pengijazahan mereka di universiti tersebut.