Skip to main content

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK 

Pelantikan Ahli Bersekutu dalam Majlis Akademik Pusat Pengajian/Pusat/Institut

Pelantikan Ahli Bersekutu ini dilaksanakan berdasarkan kelulusan Senat dan peruntukan yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Universiti. Pelantikan Ahli Bersekutu boleh dipertimbangkan oleh Naib Canselor bagi staf akademik yang mempunyai kepakaran tertentu serta terlibat dalam aktiviti pengajaran, penyeliaan atau penyelidikan di Pusat Pengajian, Pusat atau Institut yang berkenaan.

👥 Kaedah Pelantikan

Bagi tujuan pelantikan, Pusat Pengajian, Pusat atau Institut hendaklah mengemukakan cadangan permohonan yang lengkap berserta:

  • Persetujuan calon untuk menerima pelantikan;
  • Kelulusan Dekan atau Pengarah PTJ hakiki calon; dan
  • Justifikasi keperluan pelantikan Ahli Bersekutu.

Setiap permohonan akan melalui proses semakan dan tapisan oleh Timbalan Naib Canselor yang berkaitan sebelum dikemukakan kepada Naib Canselor untuk pertimbangan dan kelulusan. Surat pelantikan akan dikeluarkan kepada calon yang berjaya selepas mendapat kelulusan Naib Canselor.

Ahli Bersekutu yang dilantik mempunyai hak dan tanggungjawab yang setara dengan Ahli Tetap Majlis Akademik serta boleh terlibat dalam proses pemilihan yang dibenarkan mengikut ketetapan universiti.


📑 Tempoh Proses

Tertakluk kepada penerimaan dokumen lengkap daripada PTJ dan kelulusan pihak berkuasa universiti.


⏳ Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan lebih komprehensif, anda boleh menghubungi Unit Senat, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) USM This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..