Permohonan Berkaitan Program Akademik yang Memerlukan Kelulusan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT)
Permohonan Berkaitan Program Akademik yang Memerlukan Kelulusan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT). Perkhidmatan ini merangkumi:
- Penawaran Program Akademik Baharu
- Semakan Kurikulum Program Akademik
- Program Dual Degree / Double Degree/Joint Degree
- Program Akademik Secara Francais
- Program Akademik Secara Pesisir
- Jumud, Beku dan Lupus (JBL) Program Akademik
- Pemutihan Program Akademik
Bahagian Pengurusan Akademik melalui Unit Senat bertindak sebagai urus setia bagi menyelaras, menyemak, memproses dan mengemukakan permohonan program akademik yang memerlukan pertimbangan dan kelulusan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT).
📑 Permohonan
Pusat pengajian perlu mengemukakan kertas kerja untuk semakan dan pelarasan di peringkat urusetia Unit Senat. Unit Senat akan memastikan setiap permohonan daripada Pusat Pengajian mematuhi dasar, garis panduan, standard akademik dan keperluan perundangan yang ditetapkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), KPT, JPT serta agensi berkaitan. Unit ini juga memantau status permohonan sehingga keputusan rasmi diterima dan dimaklumkan kepada Pusat Pengajian.
KERTAS KERJA DOKUMEN-DOKUMEN BERKAITAN PERMOHONAN JKPT
⏳ Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut dan lebih komprehensif, anda boleh menghubungi Unit Senat, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) USM