Skip to main content

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK 

Graduan

Permohonan Salinan Transkrip

Tatacara permohonan

Permohonan Salinan Transkrip boleh dipohon oleh alumni atau graduan Universiti Sains Malaysia untuk mendapatkan salinan rasmi transkrip akademik.

Perkhidmatan ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan graduan untuk tujuan pekerjaan, sambungan pengajian, pengesahan maklumat akademik dan keperluan urusan rasmi dengan badan profesional atau kedutaan asing.

Tatacara Permohonan Salinan Transkrip Akademik

Caj bayaran:

(i) Caj Perkhidmatan Carian = RM5 bagi setiap carian

(ii) Salinan Transkrip Akademik = RM10 sesalinan

Contoh:- caj keseluruhan untuk permohonan 2 salinan transkrip akademik adalah: RM5 + RM10 + RM10 = RM25

Perkhidmatan lain yang mungkin anda berminat

Skrol Gantian

Skrol Gantian ialah salinan skrol rasmi baharu yang dikeluarkan oleh USM kepada alumni sekiranya skrol ijazah yang asal telah hilang, rosak, atau musnah (contohnya akibat banjir, kebakaran, atau kecurian).

Graduation-in-Council

Graduation-in-Council (GIC) merupakan satu kemudahan yang membolehkan graduan mengambil skrol dan transkrip akademik lebih awal (sebelum Majlis Konvokesyen rasmi berlangsung), dengan syarat pengijazahan mereka telah diluluskan oleh Senat Universiti..

Pengesahan Graduan

Surat Pengesahan Graduan adalah dokumen rasmi yang memperakui status pengajian atau pengijazahan mereka di universiti tersebut.