Skip to main content

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK 

Program Akademik Baharu

Permohonan program akademik baharu melibatkan dua (2) peringkat penilaian iaitu Mesyuarat Saringan Awal (MSA) dan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT). Semua program akademik baharu hendaklah direka bentuk dan dibangunkan selari dengan bidang tujahan (niche area) Universiti dengan mengambil kira:

  1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
  2. Kerelevanan bidang program pengajian
  3. Pengantarabangsaan kurikulum
  4. Pertindihan program akademik sedia ada di kalangan UA
  5. Implikasi kewangan, perjawatan dan fizikal
  6. Keperluan guna tenaga negara
  7. Laluan kerjaya dan kebolehpasaran graduan
  8. Perkembangan terkini dasar/polisi negara
  9. Standard yang ditetapkan oleh KPT, MQA dan badan profesional yang berkaitan
  10. Penandaarasan (benchmarking) dengan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara
  11. Input pihak pemegang taruh termasuk pandangan pakar akademik (tempatan dan antarabangsa) dalam bidang masing-masing, Jawatankuasa Pengajian dan panel penasihat dari industri Garis panduan proses pembangunan program akademik baharu dan semakan kurikulum boleh dirujuk dalam buku

Garis Panduan Pembangunan Program Akademik Universiti Awam Edisi Kedua oleh Jabatan Pendidikan Tinggi. Carta alir penawaran program akademik baharu boleh dirujuk di laman sesawang Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA).