Skip to main content

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK 

Penangguhan Pendaftaran

Penangguhan pendaftaran bertujuan untuk memberi kelonggaran kepada calon yang berjaya ditawarkan pengajian ke USM untuk menangguh pendaftaran mereka ke USM ke satu tarikh lain (semester/sidang hadapan) disebabkan perkara‐perkara tertentu. Pertimbangan penangguhan pendaftaran/pengajian hanya diberi kepada kes‐kes tertentu seperti kemalangan, pembedahan, menghidap penyakit berjangkit seperti Tibi, HIV, Hepatitis (A, B atau C) dan sebagainya yang memerlukan rawatan susulan diluluskan oleh Pihak B%%erkuasa Universiti.

Sumber:
Senat ke-224 bertarikh 31 Disember 2013 – Laporan Kajian Semula Dasar Pengambilan Pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma

📑 Cara Memohon

Calon pelajar perlu mengemukakan permohonan kepada Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik.

    Jika anda menghadapi sebarang masalah teknikal atau memerlukan pengesahan lanjut, anda boleh merujuk kepada Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) USM melalui emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..