Pendaftaran Kursus


Bahagian Pengurusan Akademik (Unit Rekod Pelajar) merupakan urusetia kepada aktiviti pendaftaran kursus pelajar Ijazah Pertama Penuh Masa dan Diploma. Bagi pelajar pengajian secara Jarak Jauh, aktiviti pendaftaran kursus dikendalikan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh dan aktiviti pendaftaran kursus pelajar Ijazah Tinggi diuruskan oleh Institut Pengajian Siswazah.

Aktiviti pendaftaran kursus pelajar Ijazah Pertama/Diploma Mod Penuh Masa Universiti dijalankan tiga(3) semester dalam satu sidang akademik iaitu Pendaftaran Kursus bagi Semester I, Semester II dan Semester III/KSCP (Kursus Semasa Cuti Panjang). Platform pendaftaran kursus adalah secara E-Daftar dan pendaftaran kursus secara Dalam Talian (PKDT) di Pusat-Pusat Pengajian. Setiap pelajar WAJIB mendaftar kursus bagi setiap semester dan kegagalan berbuat demikian tanpa alasan yang kukuh, boleh menyebabkan tindakan menamatkan status pengajian seseorang pelajar diambil.

Garis panduan dan peraturan berkaitan & aktiviti pendaftaran kursus boleh dilayari di pautan seperti berikut :

8 Mac 2023

Alamat

Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar, Aras 5 Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
Tel : 04 653 4358  |  Fak : 04 653 3128 
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |  

Hak Cipta © 2022 Bahagian Pengurusan Akademik,
Universiti Sains Malaysia.