Penilai Luar


 FUNGSI DAN TUGAS PENILAI LUAR PROGRAM
 
 
A. PELANTIKAN
    1. Penilai Luar Program adalah dilantik oleh JPA setelah diperakukan oleh Majlis Pusat Pengajian.
    2. Penilai Luar untuk program Ijazah Pertama boleh dilantik untuk sehingga dua (2) sidang akademik berturut-turut dan tidak boleh dilantik semula selepas itu.
    3. Pertimbangan boleh diberi untuk melantik semula Penilai Luar yang sama untuk sidang akademik seterusnya dengan syarat JPA telah berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh Majlis Pusat Pengajian.
 
B. BIDANG TUGAS
 
Tugas Penilai Luar Program meliputi aspek-aspek seperti berikut :-
  1. Memastikan program  di  USM mengamalkan dan mencapai standard akademik bagi kursus berdasarkan standard yang telah ditetapkan.
  2. Menyemak dan menilai contoh kertas soalan dan skrip jawapan dan memastikan bahawa standard yang ditentukan oleh Pemeriksa Dalam adalah selaras dengan amalan baik dalam bidang atau keperluan standard program atau keperluan badan profesional (jika berkenaan).
  3. Menentukan keseragaman penilaian skrip jawapan calon yang mempunyai taraf yang sama oleh Pemeriksa Dalam.
  4. Menyemak/memeriksa kerja kursus dalam pencapaian hasil pembelajaran program.
  5. Menyemak/memeriksa projek penyelidikan dan disertasi pelajar (jika berkenaan) adalah bersesuaian dengan tahap pengajian.
  6. Membuat lawatan ke Universiti (sebaiknya semasa peperiksaan dilangsungkan) untuk mengetahui tugas-tugas yang dikendalikan oleh pusat pengajian, kemudahan fizikal yang sedia ada dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti bersangkutan dengan peperiksaan. 
  7. Memberi cadangan penambahbaikan kepada program di USM.
 
C. LAPORAN PENILAI LUAR 
 
Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) telah menjelaskan penglibatan penilai/pemeriksa luar (external examiner) dalam proses penyemakan dan penilaian program bagi Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang menawarkan program peringkat ijazah sarjana muda dan ke atas (Tahap 6 dan ke atas, MQF).
 
Berdasarkan kepada keperluan COPPA serta amalan Universiti untuk mendapatkan pandangan, cadangan, penambahbaikan dan pemerhatian umum setiap Penilai Luar untuk makluman dan tindakan penambahbaikan Pusat Pengajian/Pusat/Institut. Pusat Pengajian/Pusat/Institut akan membentangkan laporan penilai luar kepada Majlis Pusat Pengajian.
 
Pusat Pengajian/Pusat/Institut akan melaporkan tindakan yang telah diambil kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik.
 
Bagi memastikan cadangan yang diutarakan dapat dilaksanakan dengan berkesan, USM memohon kerjasama dari setiap Penilai Luar supaya dapat menyediakan Laporan Sulit terus kepada Naib Canselor.
 
 
D. SERAHAN LAPORAN SULIT TERUS KEPADA NAIB CANSELOR 
 
Menghantar Laporan Sulit kepada Naib Canselor berpandukan format standard yang disediakan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh lawatan. 
Laporan lengkap berserta surat iringan perlu dihantar terus melalui pos atau e-mel kepada :-
 
NAIB CANSELOR
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM
PULAU PINANG, MALAYSIA
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
 
E. LAWATAN KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
 
Seseorang Penilai Luar dikehendaki melawat Universiti ini sebaiknya pada tempoh peperiksaan dikendalikan dan boleh juga dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Pemeriksa Pusat Pengajian berkenaan sebagai turut hadir. Tempoh lawatan adalah minimum selama satu (1) hari bekerja dan maksimum dua (2) hari bekerja. 
 
 
F. TEMPOH PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BAGI PROGRAM-PROGRAM IJAZAH PERTAMA
 
i.  Mengikut pengajian sistem dua (2) semester yang dilaksanakan di Universiti ini, peperiksaan akhir pada setiap semester adalah seperti berikut :-
 
 • PEPERIKSAAN PRASISWAZAH
   (SELAIN PROGRAM DOKTOR PERUBATAN/DOKTOR PERGIGIAN)
- Peperiksaan Semester Pertama (Penuh Masa) = Februari/Mac
- Peperiksaan Semester Kedua (Penuh Masa) =  Julai/Ogos
- Peperiksaan Akhir (Pengajian Jarak Jauh) =  Julai/Ogos
 
 ii.  Pusat Pengajian berkenaan akan menghantar maklumat mengenai struktur dan isi kandungan program pengajian yang akan dinilai serta bahan-bahan peperiksaan (yang berkaitan) kepada Penilai Luar sebelum lawatan ke Universiti.
 
 
 
 

Alamat

Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar, Aras 5 Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
Tel : 04 653 4358  |  Fak : 04 653 3128 
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |  

Hak Cipta © 2022 Bahagian Pengurusan Akademik,
Universiti Sains Malaysia.