Pengijazahan


Syarat Penganugerahan Ijazah

Sebelum seseorang pelajar itu boleh dianugerahkan ijazah, beliau mestilah memenuhi kesemua syarat berikut:

  • Memenuhi syarat minimum tempoh bermastautin mengikut program pengajian masing-masing.
  • Memenuhi semua keperluan kredit bagi program pengajian, seperti bilangan kredit keseluruhan dan bilangan kredit untuk setiap komponen pengajian [Teras, Elektif, Minor dan Keperluan Universiti].
  • Memperoleh PNGK 2.00 ke atas untuk komponen teras.
  • Memperoleh PNGK 2.00 ke atas untuk keseluruhan rancangan pengajian.
  • Mencapai minimum gred C atau nilai gred 2.00 untuk kursus-kursus Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik serta Teras Keusahawanan
  • Mencapai minimum gred C atau nilai gred 2.00 untuk kursus teras yang disyaratkan mengikut program pengajian (jika ada).
  • Mendaftar dan menduduki 3 kursus Bahasa Inggeris (KBI) bagi semua program Sastera.

 

Sistem Purata Nilai Gred

Pengajian Prasiswazah (Ijazah Pertama)

Prestasi pelajar dalam sesuatu kursus bagi program-program prasiswazah dinilai mengikut skala berikut:

Gred

Nilai Gred

Catatan

 

Semua program kecuali Perubatan, Pergigian, Kejururawatan dan Sains Farmasi*

 

A

4.00

LULUS

A-

3.67

B+

3.33

B

3.00

B-

2.67

C+

2.33

C

2.00

C-

1.67

LULUS BERSYARAT

D+

1.33

D

1.00

D-

0.67

F

0.00

GAGAL

* Pelajar Program Perubatan, Pergigian,  Kejururawatan dan Sains Farmasi diwajibkan lulus dengan gred B- dan ke atas untuk semua kursus Teras.

 Purata Nilai Gred (PNG)/Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

  • Pencapaian dalam sesuatu semester dikira berdasarkan Purata Nilai Gred [PNG] yang diperoleh daripada semua kursus yang didaftarkan pada semester tersebut. PNG ialah ukuran untuk menentukan pencapaian taraf akademik pelajar bagi sesuatu semester.
  • Purata Nilai Gred Kumulatif [PNGK] ialah pencapaian keseluruhan pelajar sepanjang pengajian dan digunakan untuk menentukan syarat pengijazahan.

Taraf Akademik

  • Taraf Aktif/Lulus

Seseorang pelajar yang mendapat PNG 2.00 dan ke atas dalam peperiksaan sesuatu semester, akan diberikan taraf AKTIF/LULUS dan boleh meneruskan pengajian dalam semester berikutnya.

  • Taraf Percubaan/Tertahan

Taraf Percubaan/Tertahan diberikan kepada pelajar-pelajar yang memperolehi PNG 1.99 dan ke bawah pada satu-satu semester/sidang akademik. Seseorang pelajar yang berada dalam taraf percubaan/tertahan tiga semester/sidang akademik berturut-turut dan PNGK di bawah 2.00, akan dikeluarkan daripada senarai pelajar berdaftar di Universiti ini (FO)

  • Taraf Gagal dan Dikeluarkan (FO)

Pelajar yang diberikan taraf ‘FO’ tidak dibenarkan meneruskan pengajiannya di Universiti ini. Walaubagaimanapun, jika nilai PNGKnya 2.00 ke atas, pelajar tersebut dibenarkan meneruskan pengajiannya dan taraf akademiknya dikekalkan sebagai P2.

Tanpa prasangka kepada syarat di atas serta syarat-syarat peperiksaan yang sedia ada, Majlis Peperiksaan Universiti mempunyai kuasa mutlak untuk menamatkan pengajian seseorang pelajar yang bertaraf akademik ‘FO’ jika prestasi dan kemajuannya dianggap tidak memuaskan berpandukan jumlah minimum unit kredit terkumpul berbanding dengan bilangan semester yang telah dihabiskan oleh seseorang pelajar.

Contohnya :

Bilangan Semester

Jumlah Minimum Unit Kredit Terkumpul

Sains Tulen

Sains Gunaan

Ikhtisas

Pada akhir semester ke-2

15

15

16

Pada akhir semester ke-4

35

35

38

Pada akhir semester ke-6

55

55

60

Pada akhir semester ke-8

75

75

80

  • Taraf Gagal dan Ditamatkan Pengajian (DR)

Majlis Peperiksaan Universiti juga boleh menamatkan pengajian seseorang pelajar atas sebab-sebab tertentu(seperti ‘Tidak Mendaftar Kursus’, ‘Tidak Hadir Peperiksaan Tanpa Alasan’, ‘Dihalang daripada Menduduki Peperiksaan’), walaupun mempunyai alasan perubatan, yang menyebabkan pelajar tersebut tidak lagi sesuai untuk meneruskan pengajiannya di Universiti ini.

Mengulangi Kursus Yang Mendapat Gred 'Lulus Bersyarat'

  • Pelajar yang telah mencapai tempoh maksimum bermastautin tetapi masih belum memenuhi keperluan pengijazahan.
  • Disiplin akademik yang tidak memuaskan :-
    • TDK - Tidak Daftar Kursus
    • THAT - Tidak Hadir Peperiksaan Tanpa Alasan
    • X - Dihalang Daripada Menduduki Peperiksaan
  • Prestasi akademik pelajar tidak memuaskan merujuk kepada bilangan kredit terkumpul berbanding dengan jumlah semester yang telah dihabiskan.
  • Pelajar berada dalam taraf Percubaan/Tertahan 2 semester/sidang berturut-turut dan masih memperolehi PNG 1.99 pada semester/sidang ketiga [FO] dan tidak dibenarkan meneruskan pengajian

Alamat

Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar, Aras 5 Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
Tel : 04 653 4358  |  Fak : 04 653 3128 
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |  

Hak Cipta © 2022 Bahagian Pengurusan Akademik,
Universiti Sains Malaysia.