Skip to main content

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK 

Graduan

Permohonan GIC

Tatacara permohonan

Graduate-in-Council (GIC) merupakan satu kemudahan yang membolehkan graduan mengambil skrol dan transkrip akademik lebih awal (sebelum Majlis Konvokesyen rasmi berlangsung), dengan syarat pengijazahan mereka telah diluluskan oleh Senat Universiti.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal Campus Online USM apabila tempoh permohonan dibuka. 

Graduan mestilah telah menjelaskan semua yuran tertunggak dengan pihak USM (seperti yuran pengajian, yuran penginapan/kolej, denda perpustakaan, dll) sebelum menerima skrol dan transkrip.

Semua permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Pendaftar USM.

Memohon GIC bukan bermakna anda tidak boleh menghadiri konvokesyen. Anda masih boleh menyertai Majlis Konvokesyen bersama graduan lain.

Graduan yang berstatus GIC (yang sudah mengambil skrol awal) dan mahu menghadiri konvokesyen dikehendaki membayar deposit pakaian akademik (jubah) sebanyak RM300.00 semasa proses tempahan jubah di laman web rasmi konvokesyen USM. Deposit ini akan dipulangkan semula selepas jubah dipulangkan dalam keadaan baik.

Perkhidmatan lain yang mungkin anda berminat

Skrol Gantian

Skrol Gantian ialah salinan skrol rasmi baharu yang dikeluarkan oleh USM kepada alumni sekiranya skrol ijazah yang asal telah hilang, rosak, atau musnah (contohnya akibat banjir, kebakaran, atau kecurian).

Salinan Transkrip

Salinan Transkrip boleh dipohon oleh alumni atau graduan USM untuk mendapatkan salinan rasmi transkrip akademik.

Pengesahan Graduan

Surat Pengesahan Graduan adalah dokumen rasmi yang memperakui status pengajian atau pengijazahan mereka di universiti tersebut.